KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 595 kawasan 'hotspot' yang berisiko berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Pengarahnya Zainal Madasin berkata kawasan "hotspot' itu melibatkan tujuh daerah di negeri itu yang dikenal pasti kerap berlaku banjir setiap tahun.
"Ia membabitkan Gua Musang, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah dan Jeli dengan kebanyakan di kawasan kampung.
"Kita akan memberi tumpuan lebih kerana boleh dikatakan kerap berlaku banjir setiap tahun dan pemantauan telah dilakukan sejak pertengahan bulan ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di sini hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu.
MetMalaysia menjangkakan impak cuaca yang dialami lebih signifikan memandangkan MTL yang aktif pada tempoh itu sekali gus risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.
Mengulas lanjut, Zainal berkata anggota bomba telah mula melakukan pemantauan terutama melibatkan paras air sungai utama di setiap daerah.
"Pemantauan itu adalah laporan untuk diserahkan kepada pihak pengurusan bencana alam negeri dan pusat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan," katanya.
Zainal berkata hampir 1,300 pegawai dan anggota termasuk bomba bantuan dan bomba sukarela telah bersiap sedia dengan latihan bagi penugasan sepanjang tempoh MTL.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin (tiga, kiri) melihat sebahagian peralatan menyelamat di air pada Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana Peringkat Jabatan di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Kelantan Tunjong hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel
Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
10 Berita Pilihan - (12 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Tumpuan Isnin - 13 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
PM ucap Selamat Hari Ibu
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan "zon selamat" di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
AWANI Ringkas: Ketakutan kepada Pas faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
JBPM Kelantan selamatkan empat remaja dihanyut banjir
Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.
Hebatnya kakak bomba!
Kaki mangsa tidak boleh terkena air kerana akan memburukkan lagi kesihatannya.